Daydream (EP DAY6)

Daydream (digayakan sebagai DAYDREAM) ialah album mini kedua bagi kumpulan muzik rock Korea Selatan, DAY6. Ia juga merupakan album pertama dengan lima ahli DAY6 yang tinggal selepas salah seorang ahli, Junhyeok keluar daripada kumpulan tersebut.[6] Ia dilancarkan pada 30 Mac 2016 oleh JYP Entertainment dan diedarkan oleh KT Music. Album mini ini terdiri daripada enam buah lagu dan runut "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" (놓아 놓아 놓아) dipilih sebagai runut tajuk.Pada hari pertama pelancaran, Daydream berjaya menduduki tangga pertama dalam carta iTunes di beberapa negara seperti Taiwan, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia. Album mini ini turut dipilih sebagai salah satu daripada sepuluh album K-pop terbaik dalam carta Billboard.[7]

Rujukan

WikiPedia: Daydream (EP DAY6) http://www.allkpop.com/article/2016/03/album-mv-re... http://www.allkpop.com/article/2016/03/day6-joins-... http://www.allkpop.com/article/2016/03/day6-releas... http://www.allthatstar.com/tw/view.php?action=5212... http://www.billboard.com/articles/events/year-in-m... http://www.billboard.com/author/jeff-benjamin-6385 http://www.billboard.com/author/jessica-oak-153739... http://www.billboard.com/charts/world-albums/2016-... http://hei.hankyung.com/hub01/201603257773I http://www.hanteo.com/search/nAlbum_info2.asp?mcod...